Tuesday, July 1, 2014

:: Breastfeeding dibulan Ramadan - Qaseh Gold Mild Booster::

Hari ni masuk hari ke-3 umat Islam berpuasa....dan dalam masa yang sama ianya mengundang risau dihati aku tentang stok susu yang bakal aku hadapi nanti....harap ianya cukup bekalan untuk anak bujang aku.... ada jugak aku jejalan kat blog lain...tengok tips-tips untuk maintain kan susu badan...aku takut sangat anak bujang aku tak cukup bekalan....huhuhuhu...walaupun dia dah start makan sekarang...tapi perasaan risau tu tetap ada....

aku tanya cik google dan aku jumpa pasal Qaseh Gold Adinda ni....baca punya baca ianya boleh dijadikan milk booster yang mana didalamnya terdapat bahan-bahan makanan sunnah macam madu...kurma..tinn..delima...habatusauda yang mana ianya mampu untuk memeriahkan susu badan....macam menarik...macam tertarik...aku rasa memang aku memerlukan milk booster untuk bekalkan susu yang cukup untuk anak bujang aku.....

buat masa sekarang ni stok still ada....cara nak maintainkan susu aku tu yang buat aku risau...harap dipermudahkan la urusan aku untuk membekal susu yang cukup untuk anak bujang aku....

No comments :

:: Track je ::