Thursday, February 20, 2014

FPP Putrajaya - journey untuk ketemu Khalifahku

jom kita gali pasal cerita FPP yang selama ni aku rasa mungkin ianya adalah pilihan terbaik kami....

sebelum ni seperti biasa aku akan pergi checkup dengan Doktor Hamidah...doktor yang aku pilih untuk menyambut kelahiran anak teruna aku...since dia merupakan salah seorang pakar dalam bidang perbidananan so aku jadi bertambah yakin....

ketika usia kandungan aku mencecah 35minggu...aku dah start sakit-sakit yang kronik pada urat-urat aku....nak berjalan pun dah susah...nak melangkah rasa berat....nak bangun susah...sakit bertambah teruk bila tiba waktu malam....siang hari aku tetap gagahkan diri pergi kerja dan kalau aku betul-betul tak termampu baru aku amik cuti....memang licin cuti tahunan aku tahun lepas....siap aku nak ambil unpaid leave sebab aku memang dah tak tertanggung lagi dah sakitnya....

selepas kene injection dexa masa kandungan cecah 35minggu...aku sabar menanti kehaliran...sabar menahan sakit...macam-macam cara aku buat..berurut....relakskan diri...semua tak menjadi...aku dah frust sebenarnya...malam aku akan mula tak tidur....bukan tak nak tidur...tapi memang tak boleh tidur....kalau terlena pun aku tak kan nyenyak...aku akan terjaga sebab sakit...baby kat dalam elok je relaks...kadang terasa dia mengerudi jalan....try terjah-terjah laluan untuk dia keluar...dan aku akan terdiam menahan rasa ngilu yang ada....

aku ingat lagi pagi isnin aku menangis sebab tahan sakit...serba salah sebenarnya nak pergi Hospital Putrajaya atau tak...sebab nya aku trauma..setiap kali pergi mesti diaorg suruh balik dan cakap aku mengada-ngada dan tak ada apa-apa...so aku decide pergi ke Hospital An-Nur Bangi....dah buat checkup semua...doktor cuba cek laluan...dan masa tu memang dah bukak 1cm....doktor kat An-Nur nak admit aku tapi aku cakap tak pe sebab aku nak refer ke Hospital Putajaya sebab aku memang dah ambil FPP skim tu...dengan harapan aku akan dapat special treatment dari Doktor Hamidah....

sampai Hospital Putrajaya...doktor cek ala kadar...seperti biasa....soalan pelik-pelik dari HO yang ada...tu belum lagi termasuk dengan budak-budak praktikal yang dok bersepah-sepah kat labour room tu....aku pergi cek dengan harapan Doktor Hamidah sendiri yang akan entertained aku....yang akan ambil maklum semua masalah dan complain aku...tapi hampa bila aku datang bukan Doktor Hamidah yang akan ada bersama aku...tapi gynea lain dan HO lain yang mana merupakan seorang lelaki....aku perlukan Doktor wanita...itu sebab aku pilih skim FPP ni dan pilih Doktor wanita yang ada...tapi aku tak dapat semua tu....masa nak cek laluan sekali lagi...aku naik seriau sebab ingatkan HO lelaki tu yang akan buat procedure tu....tak putus aku berdoa..jangan la HO lelaki tu yang buatkan...Alhamdulillah Allah dengar doa aku.....gynea perempuan yang handle masa tu...doktor india wanita yang agak kasar dan tak mesra dengan pesakit...complain yang diterima semua dipandang ringan..semua dia kata...biasa la wanita mengandung....semua pengalaman tak sama....kene tahan dan sabar....kalau ianya tidak melibatkan isu nyawa aku tak kisah sgt kot...tapi ni isu nyawa...isu anak dalam kandungan aku....setelah dia cek laluan aku...dia diam tak cakap apa-apa...tapi aku dengar dia cakap dengan HO lelaki tadi tu...laluan aku dah terbuka 2cm....aku bajet aku akan admit hari tu jugak sebabnya laluan dah terbukak...

akhirnya aku dihalau balik juga...bila mana doktor tu kata tak ada apa-apa...aku dah mula sakit hati...tak ada apa-apa sedangkan aku dah mula tak tidur menahan sakit...aku datang office hour dengan harapan doktor hamidah akan naik dan cek aku...tapi hampa..memang tak ada..die just trouble shoot dari dalam phone..dan paling sedih bila gynea tu tak jumpa aku untuk beritahu keputusan...just cakap aku ni mengada sebab belum tiba masanya....HO tu datang cakap aku boleh balik dan tunggu je next appointment which is date appointment tu seminggu selepas tu....aku tak puas hati..aku cakap tadi aku dengar doktor kata laluan aku dah bukak 2cm...HO tu teragak-agak nak jawab...haah dia kata...tapi Doktor Hamidah suruh aku balik dan ikut date appointment seterusnya....

TBC....

No comments :

:: Track je ::