Tuesday, October 1, 2013

:: Ouch Warded AGAIN ::

ffuuhhh.... memasuki fasa trimester ke 3 seperti yang aku jangka kan...pasti ada kejutan sekali lagi....owh yes...aku warded semula atas sebab dehydration juga...boleh imagine pada usia kandungan yang dah nak masuk 31 minggu aku kene on drip lagi...3 pain potassium water drip....sangat mencabar dan mendebarkan.....

kisah bermula bila aku start sakit macam period pain....mula-mula doctor just cakap muscle cramp semua...then aku budget memang tak ada apa-apa walau hakikatnya nak jalan pun susah yang amat....aku gagahkan jugak walau dalam keadaan yang payah macam tu aku kene gigih untuk berjalan sebab dua orang gegurl memang memerlukan pemerhatian aku....

2nd day (26/9/2013) aku dah start mendowload sisa makanan...aku ingatkan download biasa-biasa je....kebetulan memang aku kene bed rest hari tu....so aku biarkan....lepas tu bermula la kunjungan aku ke toilet dengan kerap dan 'gembira' nya....dah la semalam checkup berat aku drop jatuh turun sampai 1.5kg....addooii la kalau tengah pregnant senang lak berat nak turun ye...kalau tak berlari satu cyberjaya pun belum tentu turun 500gm pun...hahahahaha....

masuk lunch hour aku start muntah2 diringin dengan download berimarama....memang dah tak ada apa-apa yang nak dikeluarkan....aku terus teringatkan kes alisya dulu...dua minggu sebelum bersalin aku cirit-birit dan muntah-muntah teruk gini....dan mengejutkan rupanya itu petanda aku nak bersalin bila mana aku cirit tu terkeluar sekali dengan air ketuban yang mana aku tak sedar bila masa ianya leaking....aku pun jadi bertambah risau dan terus ambil keputusan untuk pergi ke hospital instead of memula nak pergi ke klinik je....dah sampai hospital dah jalankan semua procedure....dah scan baby alhamdulillah tak ada apa-apa..cumanya aku dehydrated teruk...nak tak nak kene gak duduk ward hari tu jugak... dengan berat hati aku terpaksa dengar jeritan dan tangisan gegurls aku esp kak ngah yang memang susah nak tido tanpa aku....sian nye la hai princess mama...plus ingat mama boleh lena ke kalau anak tak ada depan mata....

so drip pun on....3 pain drip dah buat aku rasa tak selesa....nak ke toilet susah....lagi buat aku terseksa bila duduk dalam ward bersalin...tapi bukan kes O&G...terpaksa dengar baby nangis mintak susu...arrgghhh macam nak suruh baby keluar time ni jugak...rindu sangat mama nak kendong baby and dengar suara manja dia nangis mintak susu.....mula la aku berangan yang bukan-bukan kan...hahahahahahaha...

so hopefully lepas ni kalau warded pun biar la aku warded sebab nak bersalin....pregnancy memang sentiasa mencabar bagi aku....bukan untuk kali ini...tapi untuk sebelum-sebelum ni juga....


No comments :

:: Track je ::