Tuesday, October 8, 2013

:: jom share cerita pasal FPP Putrajaya ::

selama ni aku asyik mentioned pasal FPP ni kan.....sebuah skim yang mana hospital kerajaan memberikan servis private kepada pesakit mereka...mengikut fahaman aku mungkin la kos sebenar RM3k itu termasuk dalam kos sebenar rawatan....sungguh aku tak ada pengalaman sebab nya sebelum ni memang tau berapa nak alert pasal skim ni...since banyak budak ofis aku ambil skim ni dan berpuas hati...jadi aku decide untuk kali ni biar aku cuba servis yang sering digembar gembur ni....sebelum ni untuk Alisya dan Adelia aku hanya guna GL husband aku...GL government...so memang tak de la terasa sangat...

so kira setiap kali checkup aku memang kene bayar untuk registration RM60.00..ni wajib ok...as usual tunggu turn doktor panggil....so far sekarang ada empat orang pakar yang terlibat...sorang perempuan iaitu doktor aku...Doktor Hamidah....dan 3 orang lelaki....Doc Hazim, Doc Azmi dan sorang lagi aku tak berapa pasti....nasib aku baik sebab masa tu memang minggu terakhir Doktor Hamidah ambil pesakit....so syukur sesangat sebab bebear aku memang nak doktor perempuan yang sambut baby ni nanti...aku faham la kenapa kan...so aku ikutkan since dia yang akan bertanggungjawab atas semua nanti...plus aku malu la nak bersalin dengan doktor lelaki....

first registration aku kene bayar RM110.00...itu untuk pendaftaran pertama...bila checkup seterusnya aku wajib bayar RM60.00 macam aku mentioned kat atas sebagai fee pendaftaran....tunggu turn doktor....ubat yang basic macam obimin doktor akan bagi direct kat bilik...tak perlu nak ambil no dan tunggu kat farmasi...so ok le kat situ....lepas tu still kene pergi ke kaunter hasil untuk jelaskan kos scan dan bayaran untuk doktor...selalu nya RM51.00 ikut kes dan keadaan...ni basic sahaja..macam aku hari tu masa memula sebab doktor nak cek history darah family aku....dia ade amik FBP dan FBC darah aku untuk tengok etnik darah aku dan mana yang berkaitan...so yang tu total kos RM110.00...tak termasuk kos perkhidmatan doktor dan scan tadi....

so far aku puas hati sebab memang aku hadap cuma satu doktor dan doktor tu yang akan ambil setiap kes aku....macam contoh 2 minggu lepas aku kene warded sebab dehydrated disebabkan cirit birit yang teruk dan muntah-muntah...so masa tu still aku kene letak deposit RM3k...pastu esoknya nak discharge pihak hospital akan refund balik jumlah yang tak digunakan...so boleh simpan balik duit tu untuk prepare menerima orang baru nanti...macam tadi kes aku perasan ter leaking....still kene buat payment berasingan walau aku pergi ke dewan bersalin time tu...walau tak dapat jumpa Doktor Hamidah...tapi doktor bertugas akan inform dan consult Doktor Hamidah sebelum apa-apa keputusan yang sepatutnya diambil.....

pendek cerita dengan FPP ni setiap urusan, perkhidmatan, ubat ubatan hatta sehelai plastik jugak akan di caj oleh pihak hospital....bil tu akan masuk dalam kos miscellaneous....

diusia kandungan yang nak masuk 33minggu ni memang macam-macam dugaan aku...ehhhh memang dari awal aku diduga...syukur Alhamdulillah....ni bahagian aku dari Allah...so memang aku terima dengan hati terbuka...harap sangat nanti proses aku bersalin akan dipermudahkan....

tahap kesabaran aku?....semakin nipis kot...sebabnya aku rindu sangat nak cium bau baby...kate orang itu bau dari syurga kan....hopefully aku dan baby aku selamat....

harap clear la pasal FPP ni kan...sebab tak semua yang tau apa sebenarnya FPP sampai kita pernah menggunakan skim ini di hospital kerajaan....ada pro n cons....tapi biasa la...mana nak datang kesempurnaan nya sebab setiap orang bahagian kita memang berbeza....

adiioos.....

No comments :

:: Track je ::