Monday, July 29, 2013

Terdetik dihati...Pelik dan Heran

posting kali ni tentang isu yang lama aku pendamkan...tak tau nak share macam mana dan dengan siapa...takut tersinggung perasaan orang lain....tapi bagi aku apa yang aku rasa dan tengok sangat lah tidak berpatutan dengan realiti....

sejak tahun lepas aku ada menyertai satu kumpulan rahsia dalam sebuah laman social networking yang terkenal jugak la...masa tu aku sangat teruja dan teringin sangat untuk turunkan berat badan memandangkan usaha aku untuk mengandung masa tu tidak kesampaian....so aku tekadkan diri mungkin lebihan lemak kat badan aku yang membuatkan proses kesuburan aku menurun....seorang kenalan aku memperkenalkan group yang mana disertai oleh golongan-golongan yang ingin menguruskan berat badan secara alami...tanpa sebarang pembedahan atau bantuan produk atau supplement lain....dengan hanya menggunakan kaedah yang disuggestkan insyaAllah berat akan menurun dengan syarat kene khusyuk dan tawaduk....hahahahaha...kalau dengan aku memang tak berkesan la time tu sebab aku memang kuat makan time tu....

apa yang aku cuba kupaskan kat sini adalah bagi aku dalam group itu tak ada langsung perasaan malu dan segan even status orang yang post dalam tu suami atau isteri orang.....iye aku faham niat mereka untuk menaikan semangat...tapi berpada la....bagi isteri orang...bergambar dan membiarkan bentuk tubuh berserta ukuran ditatap umum bagi aku benda tu sangat-sangat tidak manis kot sebab sebagai seorang wanita benda-benda tu semua bukan ke hanya untuk tatapan sang suami sahaja....untuk pengetahuan sang suami sahaja dan bukan untuk tontonan umum....cukup la sekadar menyatakan berat badan yang kain menurun...tips-tips dan menu-menu yang berjaya membuatkan mereka makin mengancam dan kurus.....klu iye pun nak letak gambar biar la menutup aurat dan tak perlu berliuk lentok semata nak tarik perhatian dan maaf aku cakap memang diaorang harapkan pujian melambung....pujian memang satu terapi dan motivasi diri untuk mencuba dan berusaha lebih....tapi back to back bak kata kawan aku yang telah berhijrah...biarla berpada...biarla apa saja yang kita lakukan hanya kerana Allah....bukan hadap pujian orang lain....

tak perlu berliuk lintuk...tak perlu tunjukan susuk badan yang melampau....suami kita tau ke perbuatan kita?kejayaan tu datang dari Allah....kalau pun kita usaha tapi tak ada keizinan dari Allah s.w.t memang tak kemana usaha tu.....usaha untuk kurus itu bagus untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup....tapi walau apa pun yang kita buat biarlah berpada...biar niat kita tu ikhlas dan tak ada niat untuk menunjuk-nunjuk....

maaf ye kalau ada yang tersinggung dengan post aku yang tak sempurna ni....aku cuma menyuarakan pendapat...tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak....

sekian.......


No comments :

:: Track je ::