Thursday, June 9, 2011

:: Panduan Pemakanan Untuk Si Gemokssssssss ::

sape si gemok itewwwww?????....aku le wei....mane lak manusia lain gemok...sesuka je aku ckp org lain gemok kan.....so ni panduan untuk org gemok yg tingin nk diet tp tgh nyusu...mcm mane tu?.....terkulat2 gak aku baca artikel ni....huhuhuhuhu....telan liur pun ade....selamat tinggal makanan kegemaran aku.....lepas aku dpt blk maintain badan aku blk....aku ku jamah korang sume...tp dlm kuantiti yg berjaga2......sian mak nok....lapar ni....baru pas minum ccpp ngn oat...sedap ke idak...aku tibai je....janji KURUSSSSSSSSSSSSSS.....



Mengapakah Pengambilan Makanan 
Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :
•Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi
menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
•Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan
yang mencukupi untuk perkembangan bayi
•Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal
( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
•Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah
dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi

Apakah Panduan Asas Pemakanan 
Semasa Saya Menyusukan Bayi?

Dengan pengambilan makanan berdasarkan
Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu
diikuti iaitu :

•Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan
makanan makronutrien dan mikronutrien
•Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan
pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti
sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin penuh.
•Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti
makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol,
gula, garam dan alkohol.
•Aktiviti - Mengseimbangkan aktiviti fizikal dan
pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan 
Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras Piramid Makanan

Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti

Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin :
•½ cawan nasi (whatttttttt the FISH.....1/2 cawan?.....huhuhuu)
•½ cawan mi/mihun/pasta
•½ tosai
•⅓ capati
•1 keping roti (putih/gandum)
•1 cawan bubur nasi kosong
•3 biskut tawar
•3 sudu makan oat (tidak dimasak)

sume main setengah k........ptt le xkurus2 aku selalu sebat 1 1/2 sbb ngabeskan makanan anak aku....so after this TIDAK LAGI...say no to 1.....welcome 1/2......
 
Paras 2 : Buah dan Sayur

Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur : (3 - 4 hidangan) /sehari
•½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
•1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)

Satu hidangan Buah : (3 - 4 hidangan) /sehari
•1/2 biji jambu, mangga
•1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
•1 potong betik, nenas, tembikai
•3 biji kurma
•4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari

Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
•½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
•½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
•2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
•1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
•1 gelas susu (250 ml)
•4 sudu makan susu tepung
•1 cawan dadih
•1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu
Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang
bersumberkan bahan nutrien seperti :

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet

Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan
vitamin B komples yang rendah
(terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)

Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang
mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen
(Makanan Tambahan) Dalam Diet ?

•Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut
saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
•Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika
pengambilan diet tidak mencukupi.
•Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan
hidangan makanan yang tetap.
•Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau
Pegawai Dietetik.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan 
Cecair Semasa Menyusukan Bayi?

•87 % daripada susu ibu adalah air
•Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan
di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
•Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
•Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan
banyak semasa cuaca panas.

Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil
Makanan Selepas Bersalin?

•Antara makanan yang dikategorikan adalah
mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
◦Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
◦Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
◦Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
◦Makanan 'tajam' - nanas
◦Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan

•Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil
makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil
makanan 'panas' semasa berpantang.
•Kesimpulannya, berpantang ini adalah
hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu
dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan
daripada satu kumpulan sahaja.
•Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama
dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat,
vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.
 ** gile la wei.....aku nk buat le gini...mane tau leh kecik ckit kondo2 aku ni...aku nk low grade....xnk simpan kondo dah....banglo setingkat pun xnak....aku nak tanah rata je.....tp xde le smpi melengkung.....tolong le....aku mauk kurus....malu pada diri sendiri...pada en suami yg xde le komplain sgt...tp suka sindir....wwwwwaaaaaaaaaa.......klu ikutkan jiwa kacau aku ni...mau aku ngadung blk.....berpantang hari tu badan cun melecun...hbs pantang pun same.....tp msk je keje...jumpa 'kawan karib' yg hebat....makanan adalah 'kawan karib' aku.......die manjakan aku...n skrg ni le sudahnya....badan dan mcm BLUEHYPPO....leh jd mascot TM le mcm ni kn.......xpun jd mascot opis le.....Mr BB.....jom jalur lebar....leh msk TB kan?....wakakakakakaka...tension nye akuuuuuuuuuu

No comments :

:: Track je ::