Friday, July 9, 2010

Makanan Penambah Susu - Apa Yang Patut Ibu2 tau....

Kredit to this blog....mysuperkid....aku cedok ni dr blog die.....artikel yg sgt menarik....lbh baik cite psl ni...xsakit hati....this is my best therapy.....huhuhuhu.....Bf.....EBM.....here we go.....

Kita memang biasa dengar tentang makanan untuk tambah susu seperti longan kering, sayur kucai, lobak putih, halba dan sebagainya. Ramai di antara ibu2 yang mengambil makanan2 tersebut dengan tujuan untuk tambah susu.

Tahukah kita apa fungsi sebenar makanan2 di atas?

Untuk menambahkan susu badan, zat yang paling penting adalah protein. Lain-lain adalah kalori, vitamin B, kalsium dan sebagainya.

Alfalfa mengandungi protein dan kalsium yang tinggi. Oleh itu tidak hairanlah jika ibu2 yang mengambil alfalfa akan mendapati susu mereka bertambah.

Asid folik (sejenis vitamin B) adalah penting untuk tindakan biosintetik protein. Jadi ia juga diperlukan. Asid folik ni terdapat dalam sayuran hijau. Jadi, memang benar memakan sayur-sayur hijau seperti kucai akan membanyakkan susu kerana kehadiran vitamin B ni memudahkan lagi proses yang melibatkan protein dalam badan kita.

Longan kering yang direbus mengandungi kalori dan air yang tinggi. Ibu menyusu memerlukan 1800 kalori sehari sekiranya menyusukan seorang bayi.

Mengapa sesetengah milk booster tidak berkesan kepada kebanyakan ibu tapi amat berkesan bagi sesetengah yang lain? Ini mungkin disebabkan ketidakseimbangan dalam diet yang diambil oleh ibu itu. Kalau kata hari2 makan minum rebusan longan kering, tapi sayur tak makan, protein tak ambil, jadi macamamana nak tambah susu kerana berharap kepada kalori dan air semata2.

Asid folik dan kalsium dirembeskan melalui susu ibu, oleh itu ibu menyusu amat memerlukan vitamin B complex dan kalsium, untuk menggantikan kalsium dan asid folik yang hilang. Kalsium berperanan bukan sahaja untuk membina tulang malah juga membina sel2 darah baru yang diperlukan dalam penghasilan susu badan. Kerana itu ramai ibu yang mengalami masalah kekurangan susu bila dalam keadaan haid. Oleh itu, ibu menyusu mesti meningkatkan keperluan kalsium untuk mengelakkan susu berkurang semasa period.

Beberapa mitos tentang makanan penambah susu:

1. Makan milk booster meningkatkan stimulasi susu.

Stimulasi yang paling berkesan untuk penghasilan susu ialah dari hisapan bayi dan pam. Makanan2 di atas, yes membantu untuk penghasilan susu, tapi penyebab utama untuk susu dihasilkan ialah sebagai memenuhi keperluandari bayi. Makanan2 di atas tu umpama bawang, ikan bilis, daging di dapur rumah kita. Dan hisapan bayi/pam tu adalah perbuatan menggodek semua benda itu dalam kuali. Bolehkan benda2 bawang, daging tu menjadi sejenis masakan kalau kita tak masak? Makna kata, kalau rumah kita ada banyak barang mentah pun, kalau kita malas nak masak, takkan ada makanan di rumah kita.

Jadi makanlah makanan seimbang yang mengandungi kesemua zat keperluan badan, dan susukanlah bayi sekerap mungkin.

2. Sesetengah lactogenic food ni hanya sesuai untuk orang tertentu

Bergantung kepada diet yang diambil oleh seseoarang ibu menyusu. Jika ibu tu hanya makan nasi dengan ikan kering saja setiap hari, tapi minum rebusan longan kering bergelen-gelen, mungkin tak berkesan sebab yang ada cuma kalori dan glukos saja. Jadi, ambillah makanan seimbang.

3. Susu yang banyak tanda kejayaan seseorang ibu menyusu

Keperluan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ibu akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayinya. Oleh itu, pada waktu siang sekiranya ibu bekerja, disarankan untuk mengepam sekerap mungkin untuk mengadakan rangsangan bagi pengeuaran susu. Susu yang dihasilkan oleh ibu A tidak sama dengan susu ibu B, mungkin kerana keperluan bayi A dan bayi B adalah berbeza.

Tanda kejayaan ibu menyusu adalah mungkin berjaya menyusukan bayinya hingga 2 tahun, dan bayi yang disusukan adalah sihat dan cergas.

1 comment :

Ain said...

good info.. thanx for sharing kak..

:: Track je ::